Bernama TV
Bernama TV

Bernama TV

Bernama TV (dahulu dikenali sebagai Bernama News Channel)[1] merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan (termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama TV menggunapakai slogan "Segalanya Tentang Anda". Bernama TV dilancarkan pada 1 September 1998 dan dirasmikan pada 28 Februari 2008.Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.Kandungan berita Bernama TV sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Melayu. Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Mandarin, dan Tamil selaras dengan penjenamaan Buletin Bernama, Bernama News, BNC Mandarin News, dan Tamil News. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah STAR TV Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan Helo Malaysia sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim.Pada 25 Mei 2016, Bernama TV dijenamakan semula sebagai Bernama News Channel.[1]Pada 2019, Bernama News Channel dinamakan semula kepada nama asalnya, Bernama TV.

Bernama TV

Bahasa Melayu
Inggeris
Mandarin
Tamil
Dilancarkan 28 Februari 2008; 12 tahun yang lalu (2008-02-28)
Unifi TV Saluran 631 (HD)
Dimiliki oleh Bernama
Format gambar HDTV (1080i 16:9)
myFreeview Saluran 121 (HD)
Ibu pejabat Wisma Bernama
No. 28 Jalan 1/65 A off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
 Malaysia
Telefon: (60-3) 2693 9933
Faksimili: (60-3) 2698 3325
Laman sesawang www.bernama.com.my
Astro NJOI Saluran 502 (HD)
Astro Saluran 502 (HD)
Kawasan siaran  Malaysia
Dahulu dikenali sebagai Bernama TV (2008-2016)
Bernama News Channel (2016-2019)
Negara  Malaysia
Cogan kata Segalanya Tentang Anda (It’s All About You)